“Tiba2 Isteri Luahkan Dia Dah Lama Tak Tahan, Suami Bagi Servis Yang Tak Best” Malam tu suami nekad untuk bagi yang terbaik sampai isteri terdiam.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Aku ingin cerita kisah hidup ini biar jadi pedoman buat semua dari aku tak tahu apa time bujang sehingga lah ke alam perkahwinan.Korang baca lah sampai semoga ini menjadi pedoman buat semua. Memang dulu aku jahil tentang solat. Sebab dari kecil mak bapak aku tak tekankan tentang solat. Aku belajar tentang solat sewaktu di sekolah.

Aku hafal cara solat dari buku cara sembahyang. Mak solat, tapi mak tak pernah ajak solat sekali, apatah lagi mengajar. Belajar sendiri di sekolah katanya. Aku pernah tegur bapak aku, kenapa bapak tak solat? Bapak aku marah aku balik, dia suruh aku pergi solat dulu sebelum mempersoalkan diri dia. Sedihkan? Tapi itu cerita dulu, sekarang bapak dah pulang ke jalan yang benar. Usia yang makin tua mungkin.

Dan aku tak menyimpan rasa marah pada mak bapak aku sebab mereka hanya manusia yang tak sempurna dan mereka dah mengasihani aku, membesarkan aku dari kecil hingga aku besar begini menulis confession. Dan aku melalui rona kehidupan yang tak mudah sejak kecil. Biasalah kehidupan seperti dilambung ombak..

lebih-lebih lagi bila tak solat langsung. Solat on off. Solat sebab kawan di opis solat, dah tu pulak solat dihujung waktu Zuhur sebab taknak bersusah payah nak ambil wudhu sampai 2 kali. Jadi alang-alang dah solat Zuhur dihujung waktu, beberapa minit kemudian masuk waktu Asar. Rasanya rutin sebegini pemandangan biasa di surau-surau di kawasan pejabat. Mudahkan? Aah mudah untuk aku tapi betapa berat sebenarnya hati untuk solat bila dilambat-lambatkan waktu.

Itu lah aku si pendsa. Jahl. Solat sebab taknak jadi orang asing dikalangan Islam. Solat sebab sedang kesusahan. Jhilnya aku..sedih! Tapi, sejak berlaku satu perkara paling ulung dan tak boleh aku lupakan..aku mula sedar yang pergi bila-bila boleh menjemputku dan aku taknak tinggalkan dunia ini begitu sahaja tanpa apa-apa bekalan. Betapa hebatnya kasih sayang Allah memberi aku peluang kedua untuk membaiki diri.

Aku menangis sewaktu pertama kali menunaikan solatku dengan ikhlas. Aku menangis sebab betapa jhilnya aku dulu..aku yang lupa pada Dia. Selama beberapa hari aku berkeadaan begitu bila aku teringat betapa besarnya kuasa Dia aku akan menangis sedih sangat.

Sejak itu memang aku jaga solatku. Masa mula- mula aku istiqamah untuk solat penuh 5 waktu sehari semalam, aku melambatkan waktu solat. Tapi selepas beberapa hari, bila aku merasakan ringannya hati aku untuk solat, aku mula menantikan masuk waktu, dan aku akan solat di awal waktu.

Lama kelamaan, ianya jadi habit, dan betapa nikmat dan manisnya bila solat diawal waktu. Terasa masa seperti panjang dan seolah-olah dah melunaskan tugas yang paling besar dan susah sebelum melunaskan tugas-tugas yang kecil. Pelik, tapi itu lah yang aku rasa. Dan dalam masa yang sama, aku rasa bersyukur sebab inilah rezeki yang paling nikmat aku pernah terima. Mungkin berkat Al Waqiah yang aku selalu dengar setiap malam sebelum tidur. Mungkin juga sebab sewaktu aku solat on off dulu.

Aku sering berdoa semoga diberi petunjuk oleh Allah, supaya aku dapat menjadi anak yang soleh yang dapat mendoakan kedua mak bapak aku bila mereka diakhirat kelak, surah Al Fatihah dan selawat ke atas Rasullullah dan semua umat Islam pun aku tak pernah lupa baca. Sebab aku ingat lagi aku pernah baca, selepas solat berdoalah mintak lah apa kepadaNya, jangan sombong.

Dan aku mintak, dan andainya memang benar Allah kurniakan aku petunjuk, aku berbesar hati menerimanya dan akan terus istiqamah. Dan Alhamdullilah aku berkahwin last year, dengan seorang perempuan yg boleh dikatakan perfect la. Cantik dan lemah lembut. Suruh buat apapun, pasti isteri aku akan buat, tak pernah membantah.

Semasa awal perkahwinan, aku belum berkerja, isteri aku dah kerja, dia yang support segala perbelanjaan kami berdua, duit gajinya tak cukup, dikeluarkan duit tabung haji dan ASB, keadaan awal perkahwinan agak susah, tetapi Alhamdulillah, selepas aku mula bekerja, kehidupan kami berdua bertambah baik.

Aku ada satu tabiat buruk, iaitu aku selalu dengan phone. Suka scroll2 instagram, facebook, group whatsapps. Lepas kahwin pun, aku bawak tabiat buruk ni ke dalam perkahwinan. Keluar makan main phone, dalam bilik kat rumah main phone, balik kampung main phone. Masa untuk bersembang dengan isteri aku agak terbatas sebab aku selalu dengan phone. Dia asyik termenung tengok aku main phone.

Semua tahu, wanita ni perlukan perhatian. Seorang isteri sangat perlukan perhatian daripada suaminya. Akibat sikap aku yang selalu dengan phone. Lama kelamaan, isteri aku berubah menjadi seorang yang dingin dengan aku. Namun, apa sahaja aku suruh, dia still buat, tapi boleh nampak la dia dingin dengan aku.

Sampailah pada suatu malam, isteri aku meletup, isteri aku meluahkan yang dia tak tahan dengan sikap aku yang selalu main phone, kurang peduli pasal dia. Dia kata dia dah penat-penat buat kerja rumah, at least aku appreciate dia, spend masa dengan dia, bukannya dengan phone, dia kata dia stress, dia perlukan perhatian.

Dia kata aku takpela ada ramai kawan kat group whatsapps, dia takde kawan sangat, aku satu-satunya kawan rapat dia selepas kahwin. Selepas luahan tersebut, isteri aku menangis minta maaf. Dia kata dia dah lama tahan, tapi tak boleh tahan dah dengan sikap aku yang lebihkan phone daripada dia.

Terkejut juga aku dengan luahan isteri aku. Tak sangka sikap aku yang main phone ni boleh menyebabkan seorang yang lemah lembut seperti isteri aku meletup. Selepas luahan isteri aku tu, aku mula berubah. Semasa dengan isteri aku, aku tak main phone dah, kami borak-borak, share kisah di tempat kerja, share mengenai isu semasa dan sebagainya. Alhamdulillah, hubungan kami suami bertambah baik.

Apabila aku tengok pasangan lain terutamanya di restoran, seorang suami main phone, isteri juga main phone, macam orang asing. Aku rasa bersyukur isteri aku tegur sikap buruk aku. Alhamdulillah.. Oleh itu, kurangkan atau jangan main phone langsung depan pasangan anda. Hargai dan berilah perhatian kepada mereka. Ramai yang berpisah kerana handphone,

berhati-hatilah menggunakannya.Semoga yang terbaik untuk kamu semua. Sebagai kesimpulan,solat perlulah jaga dan awas jika kita menjdi fanatik pada pengunaan handphone.Harap kisah hidup saya dapat dijadikan pengajran kepada semua.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: IIUM via e-kesah