“Tk Puas Ke Mlm Tadi. Terkejut Tetiba Tunang Gades Ni Tertengok Chat Yg Masok Kt Phone Dia” Tiba2 riak wajah tunang jadi lain, akhirnya ini yg berlaku

Aku baru lepas menghabiskan pelajaran master dalam bidang kedoktoran setahun lepas. Alhamdullilah sekarang aku dengan bangganya menjadi seorang doktor.Cita cita aku dari kecil sudah tercapai.Dalam mengejar cita cita aku terlupa usia dah memang perlu kahwin. (24++). Ramai kawan aku cakap aku ada semua wife material.Aku pandai memasak, kemas rumah, suka kanak kanak dan haiwan.Memang ibu telah mengajar aku dari kecil lagi supaya berdikari.

Sejak usia aku 9 tahun aku sudah belajar memasak,mengasuh adik,so sekarnag aku tak kekok nak buat benda tu semua. Aku berkenalan dengan seorang lelaki aka ustaz.Sejuk mata memandang redup je tengok muka dia.Kami sudah memkirkan masa depan dengan mengutuskan untuk bertunang pada akhir tahun 2018 lalu.

Tunang aku ni dia mcm golongan golongan ustaz pandai mengaji lulusan universiti islam semua tu.Malang menimpa semasa aku baru bermula bertugas sebagai seorang doktor aku aku terlibat dalam satu cinta tiga segi staf aku sendiri.

Pada zahirnya aku tidak meninginkan lelaki tersebut.Just merawat sebagai peskit aku sahaja,tak terlebih dari itu.Cuma pada suatu hari dia yang aku namakan Zahir telah text aku dan meluahkan perasaan kepada aku.Aku terkedu time tu seperti tidak keterharuan bak kata pepatah haruan makan anak bila Zahir adalah pskit aku lagipun dia adalah bf kepada staff aku sendiri.

Dia bersungguh sungguh untuk dapat kan aku sehingga benda ini dapat dihidu oleh tunang aku.Aku cuba perjelaskan bahawasanya aku tidak terlintas pun untuk bercinta dengan Zahir.Dia hanya syok sendiri.Tunang aku merasakan Zahir bercinta padaku bila dia text “kalau tak puas makan malam ini,saya akan bawa awak makan hari2 di tempat yang sedap”.

Ya aku mengaku pernah keluar makan,tapi itu hanyalah di kantin hospital,tidak lebih dari itu dan hanya kebetulan aku mahu pergi makan tengah hari sahaja pada waktu itu.Segala apa yang cuba terangkan pada tunang aku dia tidak percaya.Malahan aku dituduh sudah dipakai Zahir hnya kerana aku mudah dipelawa makan sekali.

Bertubi tubi tunang aku text aku betina tak guna dan paling sedih sekali bila mengeluarkan alasan tunang aku dingin dengan aku sebab aku dah tak menarik mcm dulu. Aku usaha untuk sentiasa nampak cantik depan dia. Nak jumpa dia aku pakai baju cantik cantik, kemas kemas, mekap. Tapi entah, bagi dia semua tu belum cukup.

Dia selalu tegur pasal fizikal aku. Kenapa aku dah gemuklah dah kusamlah jerawat banyaklah. Orang perempuan pantang betul bila orang dia syg tegur mcm ni…Bila aku tanya “awak ni dulu pilih saya sebab rupa ke?” Dia mengamuk ngamuk habis semua salah aku dia ungkit sampailah kami putus tunang.Jadi sampai sekrang aku rasa aku dah hilang nilai dalam diri aku.And i am very sorry to say this tapi aku dah sangat sangat skeptikal dengan golongan golongan pak ustaz ni.(ya aku tahu bukan semua mcm tu.)

Kadang – kadang jubah labuh smpai cecah lantai songkok tinggi melangit tapi mata tak berkelip pandang perempuan, kaki perempuan, miang gatal dsb(sorry bukan semua tp ada yg mcm ni). Aku tahu aku doktor, kerjaya yang konon konon semua orang sanjung, dan ada juga yang mendekati aku tapi entah. Aku rasa mcm aku takkan kahwin. Mcm tiada siapa yang akan suka seikhlasnya walaupun i do have several things that i should be proud of.

Masa menentukan semua selepas kami putus tunang Zahir muncul kembali dan dia buat pengakuan bahawa dia adalah kawan baik kepada tunang aku.Dia dikatakan sruh rosakkan hubungan kami supaya tunang aku dapat tinggalkan aku dengan alasan aku ni perempuan selingkuh.Zahir mengaku kekhilafan dia memohon maaf atas apa yang berlaku.

Aku bagai pijak langit tidak rasa kaki lagi bila Zahir membuat pengakuan seperti itu.Hina sangatkah aku ni.Teruk sangatkah aku ini.Dalam sekelip mata kami putus tunang bila Zahir menceritakan keadaan sebenar yang tunang aku ni kemaruk cinta dengan perempuan a.k.a pelajar dia sendiri berasal dari Indnesia.Dan mereka dalam diam bercinta sewaktu tempoh kami bertunang. Allahu….. Sedihnya.

Aku kumpulkan semangat baru,aku mula tarik nafas baru agar melupakan segala cerita sedih aku dan dia ini.Takpe je kan kalau tak kahwin daripada kahwin tapi hidup menderita?Aku mcm dah serik. 5 tahun aku dengan tunang aku, aku tak pernah sedar selama ni dia hanya pandang rupa mempermainkan cinta aku yang ikhlas ini.

Aku cuma risau kalau aku ini tidak akan kawin sampai bila bila. Mmg lah ada orang cakap “takpe Allah sediakan jodoh dekat syurga.”Buat bekas tunang aku tersayang . Aku doakan kau bahagia bersama si dia,aku doakan kau peroleh kebahagiaan dengan apa yang telah kau lakukan pada aku,aku redha dengan ketentuan ini,aku pasrah aku akur,Jodoh kita sampai disini sahaja.Salam sayang dari NITA.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber :diariviral via e-kesah